Ahad, 7 Disember 2008

alamaya



Jumaat, 28 November 2008

Fish

BIAS DAN LUKA

Belum berani mengakui kerana belum ada keyakinan
Belum ada keyakinan kerana selalu menemui hambatan
semua hambatan adalah cobaan
sanggup menghadapi tergantung dari iman
trauma pada kejadian bukanlah cobaan
itu adalah perasaan yang selalu ketakutan
hal yang menjanjikan kebahagiaan selalu menjadi harapan
namun selalu ragu untuk melangkah kedepan
cinta dunia,cinta manusia selalu punya batasan
kadang berfikir kenapa manusia suka mencinta hal yang selalu menimbul kan luka
ahh dunia memang begitu,kadang haru,kadang sendu
cinta mereka memang selalu menusuk kalbu
mengalirkan darah yang tak lagi merah
biru..biru.. karena sang waktu tak lagi mau menunggu
jika mngerti dunia dan segala cinta yang dimiliki nya tak kekal
mengapa selalu berhayal semua pasti berakar tegar
ALLAHUAKBAR .. ALLAHUAKBAR
wahai KEKASIH ku..
KAU yang maha kekal
cinta MU yang terbatas,mengapa selalu mereka abaikan
ku lihat ,kudengar ,kurasa..kemiskinan yang datang tak membuat mereka sujud kepada MU
namun kesakitan akan raga ketika ajal menjelang tiba
seketika membuat mata mereka terbuka
bahwa KAU tetap yang terkuat dan berkuasa
setiap nafas yang terhembus dan setiap nyawa adalah milik MU wahai CINTA
buktikan lah wahai CINTA.. buktikan lah wahai KEKASIH ku
renggut lah semua jika keingkaran mereka terkesan kekal kepada MU
luka di jantung ku menghasilkan kepasrahan akan keputusan MU
meski harus menghentikan nafas ku tuk membuktikan itu
lelah ku melihat dosa dosa yang menduakan MU
syirik dan kemurtadan mereka yang menjadi berhala
seolah mereka yang paling berkuasa
rayu ku pada MU wahai CINTA
turun kan lah setitik cahaya MU
untuk membakar semua itu
ku pasrah pada ketentuan MU

Sabtu, 15 November 2008

HARI GRADUASI

hari graduasi fara Syakila ( lima tahun ) di Tabika Kemas Felda Jengka 2.

Posted by Picasa

Khamis, 13 November 2008

PETUA

Nasi Lembik
Bagi mengatasi masalah ini, ambil sebiji kentang, buang kulitnya, basuh dan hiriskan kentang tadi. Masukkan ke dalam nasi tadi. Biarkan selama 5 minit kemudian angkat. Cara lain ialah dengan menggunakan roti bantal. Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada kelembikan nasi.

Kurangkan Masin Makanan
Cara mengatasinya adalah dengan mengambil kertas surat khabar yang tebal sedikit atau beberapa helai kertas surat khabar dan letakkan di atas periuk atau kuali yang sedang di masak
Kedua: masukkan beberapa kentang kedalam lauk yang sedang dimasak dan dibiarkan dan biarkan kentang empuk. Lauk akan menjadi kurang masin kerana ia menyerap garam yang berlebihan.

Sedapkan Ikan Goreng
Sebelum menggoreng ikan, masukkan beberapa hiris bawang merah ke dalam minyak untuk menggoreng. Goreng seperti biasa. Cara ini akan menjadikan ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir

Ikan Pekasam Terlalu Masin
Sediakan semangkuk air garam dan rendamkan ikan masin/pekasam itu selama beberapa minit. Selepas itu cuci ikan tersebut dan boleh lah puan masak dengan pelbagai citarasa.

Lembutkan Daging Yang Keras
Caranya; masukan tempurung kelapa yang telah di kikis licin di bahagian dalam dan luar kedalam masakan/gulai anda. Seelok eloknya tempurung itu di belah supaya lebih kecil dan senang di letak ke dalam periuk. Campurkan tempurung bersama ayam sehingga empuk.

Apam Yang Melekat
Apam biasanya agak sukar disediakan. Masalah utama yang sering di hadapi adalah ia sering melekat pada kukus.Untuk mengatasi masalah ini, sebelum memasak, goreng sebiji telur ayam. Minyak bekas mengoreng telur tadi bolehlah di gunakan untuk di sapu pada kukus sebelum kuih ini dimasak

Daun Nangka Empukan Daging
Caranya; cuba puan ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka ( bergantung kepada kuatiti daging yang dibeli.) Masukkan daging kedalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang telah cuci bersih. Rebus selama lebih kurang lima hingga sepuluh minit Insya-allah, daging akan kenyal dan enak di makan.

Santan Tahan Lama
Caranya perah kelapa yang telah dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api yang sederhana sehingga agak-agak pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Santan akan dapat bertahan selama dua hingga tiga hari

Taugeh Tahan Lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan-potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air. Hasilnya taugeh akan tetap segar untuk digunakan selepas itu

Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih. Selamat mencuba ...

Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan

Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Selamat mencuba

Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati. Selamat mencuba .
Melemakkan Masakan Pulut
Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa

Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.
Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya

Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera

Ahad, 13 Julai 2008

ANTARA SUKA DAN DUKA

Setiap hari aku memikirkan

apakah hari ini aku akan menangis
atau hari ini aku akan tertawa

dan jika hari ini aku menangis
pasti besok aku akan tertawa
dan sebaliknya jika hari ini aku tertawa
pasti besok aku akan menangis

hari ini aku merasakan kebahagian
tetapi aku takut besok aku akan menderita

siapakah yg dapat mencegah semua ini

Rabu, 9 Julai 2008

Cintaku hanya untuk Bidadari Hati

Temaran Senja Kelabu
Ketika sebuah hati mempertanyakan
Tentang Sebuah rasa yang berkembang membiru
Tentang rAsa yang Menari dalam nurani
ketika lampau hanya sebuah kebohongan

Secercah cinta itu adalah kebenaran
Bukan Untaian kata yang memuja rayu
Membuat hati termenung mengugu
Hilangkan Keraguanmu Bidadariku
Tentang Rasa yang pernah ada di kalbu

Tentang CInta kita yang menjadi sejati
Berkata tentang hembusan itu palsu
Tidak Kau lihat rasa itu
Rasa yang mengalir sejati
Rasa yang selalu kuberi kepada bidadari

Bukan hanya buaian dan Sebuah NarasiCintaku
Tulus datang dari nurani
Cintaku bukai buaian menemani mimpi
Cintaku Hanya satu dan tak terbagi
Cintaku hanya untuk Bidadari Hati

Jumaat, 23 Mei 2008

HATI SEBUTIR SALJU PUTIH


HATI SEBUTIR SALJU PUTIH
Musim Terus berganti
PAda Ufuk Timur terpancar aurora hati
Menggapai Mahligai senja putih
Menabur imagi pada relung suci tak berbuih

Hatiku sebutir salju putih
Mencair meleleh karena pancaran kasih
Menuai indah rasa yang tak terperi
mengagumi Pada Rasa yang terus menguji

Ketika cinta lampau berubah jadi benci
Hati ini tetap terus memuji bidadari
Memandang terus mengagumi bidadari dalam jiwa murni
Walau ku tahu kau tak akan bisa termiliki

Nurani menuai bangga karena pernah mencintai
Menjadi kenangan yang tak bisa terganti
Dalam hujan butiran ini rasa terpatri dan terus begini
Walau harus tegar melepas bidadari dengan senyum dan cinta sejati

Selasa, 20 Mei 2008

Aku Adalah Orang Yang Melihat Mu

Aku Adalah Orang Yang Melihatmu


Aku adalah orang yang melihatmu

Menerawang sejenak waktu

Perjalan mu denganku

dan…aku melihatlara mu,

duka mu,

air mata mu,

aku terdiam dan sedih……


aku melihat senyum mu,

tawa mu,

keceriaan mu,

aku terdiam dan bahagia


Aku adalah orang yang melihatmu

Bersama untaian-untaian waktu yang terus berlalu

Hingga tiba hari dimana…………

nafas tak menjadi milikku lagi

Ahad, 18 Mei 2008

Kerabu Apple

Kerabu Apple

Bahan-bahan ( 4 )
1-2 biji apple hijau/mangga muda
1 biji carrot
1/2 biji bawang besar
hirisan sotong kering - dicelur dgn air panas
1/2 biji timun
garam (lebih kurang 1 sudu besar)
gula (4 sudu kecil)
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara

Hiris nipis apple hijau/mangga muda, carrot, bawang besar dan timun.
Untuk elak apple menjadi lebam, rendam apple hijau dalam air garam.
Campur semua bahan hiris dan hirisan sotong kering.
Letakkan garam dan gula dalam campuran bahan hirisan.
Gaul rata. Akhir sekali, letak sos tiram dan gaul.

Kerabu Mangga

Kerabu mangga

Bahan-bahan ( 2 orang )
1 biji mangga muda
2 sudu sos nam pla (fish sauce)
1/4 cawan kacang
2 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
garam dan gula secukup rasa
1 ulas bawang putih

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan bawang putih.
Jangan sampai lumat.
Sedang-sedang je
Potong memanjang mangga
Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
Tambahlah garam dan gula secukupnya

Ahad, 11 Mei 2008


KASIH ABADI
Kamar hatiku,sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati .
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabut di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan


Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki.

Jumaat, 9 Mei 2008

EGGS A LA TRINIDAD

6 eggs
2 lamb's kidneys
1 cupful of fresh bread crumbs
2 level tablespoonfuls of butter
2 level tablespoonfuls of flour
1/2 pint of stock
1 teaspoonful of kitchen bouquet
1/2 teaspoonful of salt
1 saltspoonful of pepper
Split the kidneys, cut out the tubes; scald them, drain, and cut them
into thin slices. Put the butter into a saucepan, add the kidneys,
toss until the kidneys are cooked, then add the flour, stock, kitchen
bouquet, salt and pepper; stir until boiling. Grease a shallow granite
or silver platter, break into it the eggs, sprinkle over the bread
crumbs and stand them in the oven until the eggs are "set," then pour
over the sauce, arrange the kidneys around the edge of the dish and
send at once to the table.

Recipes

EGGS A LA REINE
6 eggs
1/2 pint of chopped cold cooked chicken
1/2 can of mushrooms
2 tablespoonfuls of butter
2 tablespoonfuls of flour
1/2 pint of milk
1/2 teaspoonful of salt
1 saltspoonful of pepper
Use ordinary shirring dishes for the eggs; butter them, break into
each one egg, stand these in a pan of boiling water and in the oven
until they are "set." Rub the butter and flour together, add the milk,
stir until boiling, add the salt, pepper, chopped chicken and
mushrooms, and put one tablespoonful of this on top of each egg and
send at once to the table. This is also nice if you put a
tablespoonful of the mixture in the bottom of the dish, break the egg
into it, and then at serving time put another tablespoonful over the
top.

Selasa, 22 April 2008

MENGENALI CIRI - CIRI ORANG SAKIT HATI



  • Mari kita mengenali ciri-ciri orang sakit hati ,


Mereka memperlihatkan ketidak-perduliannya pada orang lain.Seorang yang sakit hati nyaris tidak perduli terhadap orang lain.
Mereka amat perasa dan mudah tersinggung. Sebagai contoh, ada seorang yang sakit hati berjalan ke sebuah ruangan dimana ada 2 orang bercakap-cakap. Tiba-tiba mereka diam, tatkala ia berjalan melewati mereka. Orang yang sakit hati ini akan berpikir " Mereka sedang membicarakan aku ".
Mereka memiliki amat sedikit teman,jarang sekali memiliki sahabat yang betul-betul dekat. Mereka juga ketakutan hebat akan kehilangan teman.
Mereka cenderung menjauhkan diri dari pertemuan dengan orang-orang baru
Mereka hanya memiliki sedikit atau bahkan sama sekali tidak memilki rasa terima kasih.
Mereka umumnya suka mengatakan yang sia-sia/kosong atau kritik yang tajam yang menyakiti hati temannya.
Mereka mempunyai perasaan benci yang tidak beralasan terhadap banyak orang untuk jangka waktu yang lama.Sukar untuk memaafkan orang lain.
Mereka memiliki sifat keras kepala dan suka menggerutu.
Mereka umunya tak mempunyai keinginan untuk bercerita atau menolong orang lain.
Mereka akan memiliki suasana jiwa yang tak stabil. Kadang-kadang amat baik dan bahagia, kadang-kadang mereka merasa tidak berarti, seolah-olah berada di dasar lembah terdalam

Ahad, 20 April 2008

DIMANA CINTA


Kemarilah ..akan ku beritahu mu tentang cinta.
Yang penting ..
Cinta itu tak dapat dihargai dan dijual beli .
Andaikan kau bisa menghargai cinta dan dapat membelinya…maka yang kau dapat hanya dusta.
Andaikan kau bisa menghargai cinta dan dapat membelinya…maka yang kau dapat hanya segumpal sakit hati…
Maka itu cinta tercipta dari dasar hati…bukan dari pipi atau gigi dan juga bukan dari biji…
Cinta lahir dari daya tarikan bumi…atas hukum gravity…Dan tak ada cinta yang membebani…Andaikata kau dapat cinta yang membebani…yah kau benar…Maka lebih baik kau lari..
Kerana lari dari cinta adalah lebih baik dari pada harus dusta selamanya….Andaikan cinta memang harus dusta..maka tujuan lari dari cinta itu sebenarnya baik baginya..

Sabtu, 19 April 2008

Melihat Dengan Cinta Allah


Sudah menjadi fitrah manusia bahawa ia menyukai "keindahan".Begitu pun dengan cinta.Ketika cinta datang melanda,kekadang bercerita tentang hal hal yang tololtanpa sedar.Mungkin benar kata orang cinta itu buta.Lalu cinta berlalu,orang tengelam dalam duka,derita ,merasa tidak memiliki sesiapapun,merasa kehilangan keindahan dalam hidupnya.Bukan sesuatu yang hodoh.tapi diluar kuasa manusia,tapi cubalah buka mata..ada keindahan yang lebih abadi..cinta yang lebih abadi...cinta Allah kepada kita.Fikirkan betapi indah cintanya kepada kita.
Betapa banyak kesalahan kita kepadanya..Tapi ia tetap memberi..Pantaskah kita mengkianatinya dengan melebihi cinta kita kepada makluknya ..??Maka dengan itu bila kita mencintai sesaorang ,maka jangan kita mencintai sesaorang melbihi cinta kita kepada Allah.
Renungkan dengan hati yang merendah..disebalik tabir malam..kusyuk dan tawaduk..Bukalah hati untuk cinta dari Sang Maha Pencita..semoga coretan ini ada manafaatnya pada yang terjebak "cinta buta"..

Jumaat, 18 April 2008

MUHASABAH


Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan escaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Khamis, 17 April 2008

CEMBURU BUTA

Cemburu didefinisikan sebagai satu perasaan terancam atau takut akan kehilangan seseorang yang kita kasihi kerana kehadiran orang lain. Ada yang beranggapan cinta harus disertai dengan rasa cemburu dan ada yang berpendapat sebaliknya............

Pada pendapat kawan....
1. Cemburu buta adalah cemburu yang tiada dasar objektifnya...menuduh tanpa alasan,tanpa bukti,tanpa ada hal hal yang terjadi,,namun isi hatinya dipenuhi dengan ketakutan pasangannya meninggalkannya...

2. Hubungan suami isteri perlu ditegakkan atas dasar saling percaya mempercayai antara satu sama lain...untuk mencapai tujuan itu,perasaan cemburu atau prasangka tidak perlu ada.

Ciri-ciri orang orang yang cemburu

1.Rasa takut kehilangan.

2. Sering timbul perasaan panik.

3. Merasa tersisih.

4. Mengongkong dan mengawal pergerakan pasangan.

5. Selalu berprasangka.